PERADABAN MAJMUK ACUAN MALAYSIA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


NAMA

NO. PENDAFTARAN

TUGASAN

MUHAMMAD ZAINAL BIN MOHD DIN

01DKM19F1168

PERADABAN BARAT

MUHAMAD ZARIF BIN TERMIZI

01DKM19F1138

PERADABAN INDIA

MOHD ASYRAF AMRIE BIN MAT AWI

01DKM19F1160

PERADABAN TIMUR TENGAH

FERHAD AFIFEEN SHAH BIN MU'AZAM SHAH

01DKM19F1167

PERADABAN MELAYU

MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD SHAMSUL

01DKM19F1173

PERADABAN CINA


NAMA PENSYARAH: AMIR FARIZ BIN CHE MAN

PENGENALAN

Tamadun Majmuk di Malaysia adalah gabungan beberapa tamadun dunia utama yang bercampur dan bekerja melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Pembinaan tamadun ini didahului oleh tamadun Orang Asli Alam Melayu, kemudian diikuti oleh tamadun Asia, (India, China, Timur Tengah), dan seterusnya tamadun Barat. Akhir sekali, tamadun ini disambut dengan ‘tamadun globalisasi’ yang merupakan gabungan pelbagai sumber tamadun tanpa sempadan melalui rangkaian digital yang kompleks. Pembinaan tamadun beridentiti Malaysia bermula dengan Kemerdekaan pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara Bangsa, didahului dengan pembinaan Negara yang bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kerakyatan. Kerajaan mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Negara. Oleh itu, pembinaan negara diikuti, antara lain melalui, institusi sistem politik parti dan pilihan raya. Dalam konteks ini, terdapat beberapa "Negara Impian" yang mendominasi wacana politik di Malaysia. Usaha membina tamadun beridentiti Malaysia amat mencabar dan perlu diterokai dan dibahaskan

PERADABAN BARAT

http://hanyamenjualbuku.blogspot.com/2015/03/peradaban-barat-dari-zaman-kuno-sampai.html

Sejarah Peradaban Melayu yang juga tidak lokek dengan percampuran peradaban barat terutamanya dari Portugis , Belanda ,British yang dapat mengubah corak peradaban masyarakat di negara kita ini. Kesan ini terutamanya daripada berlakunya dahulu iaitu jajahan yang daripada barat yang menjajah dengan membawa adab yang mudah mempengaruhi masyarakat tidak mengira perkara itu positif atau memberi kesan yang buruk kepada peradaban. Di samping itu ,pelbagai contoh tentang  kebanyakan adab yang positif dari barat boleh dikatakan menjadi ikutan kepada mrayarakat kita hari ini .

.Sambutan atau tahap masyarakat pada “era globalisasi “  mudah bercampur dengan serasi yang dibawa peradaban barat boleh dikatakan amat baik kerana adanya jaringan digital yang membantu untuk menerapkan / mempengaruhi oleh peradaban  barat.Budaya yang mempengaruhi itu dimaksudkan juga boleh dikatakan dari segi ...

  • ·        EKONOMI
  • ·        POLITIK
  • ·        SOSIAL
  • ·        KESENIAN  
https://slumb3rstory.ghafarnawi.com/tag/dari-cari-my

      Sementara itu , terdapat beberapa contoh atau yang boleh kita lihat dari dulu hingga sekarang yang memberi kesan iaitu EKONOMI yang masih mengamal sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadi faedah iaitu riba sebagai asasnya seperti berhutang , penghutang yang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah proses dipinjam.Ini boleh mengakibatkan berlakunya penindasan kepada peminjam atas dasar faedah yang dikenakan.

https://saintif.com/ilmuwan-pemimpin-politik/saintis-politik/

     Seterusnya , dari segi POLITIK, barat mahu menghapuskan sistem Pemerintahan Beraja dan ia akan digantikan dengan sistem demokrasi Berpalimen dan Malaysia kini masih meneruskan sistem tersebut selepas mendapat kemerdekaan dari British.Tidak lupa juga sistem tersebut akan diamalkan di bawah Pentadbiran Raja Perlembagaan . Sistem Politik ini memberikan kesan baik dan buruk  seperti rakyat dapat bersuara dan memilih pemimpin secara adil dan buruknya akan adanya suku antara politik dengan politik yang lain .

http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html

    Dari Pengaruh peradaban dari segi KESENIAN , Barat mula memperkenalkan muzik  yang mempunyai aliran-aliran yang jauh dari kesenian melayu yang sangat berkualiti akan dipinggirkan  seperti Zapin , Ghazal , Gamelan dan lain-lain . Barat membawa masuk muzik yang akan menyebabkan pinggirnya muzik melayu seperti muzik pop , jazz , balada yang lain-lain .Justeru itu , Barat tidak lupa juga akan menitip beratkan konsep dalam reka bentuk pembinaan sesebuah bangunan  , atau rumah di negara Malaysia ini .Sebagai contoh , Pembinaan Menara Berkembar Petronas yang berkonsepkan silinder dari barat.

 

https://www.brainacademy.id/blog/alasan-ilmiah-mengapa-orang-bertemu-hantu

     Di samping itu , Dari segi pengaruh SOSIAL  pula , ia memberi impak terhadap masyarakat akan suka untuk berfikiran secara terbuka  atau fikiran moden dengan memberi kesan masyarakat akan tidak mengambil tahu akan kepercayaan terdahulu , pantang larang ,petua-petua yang berfikirkan itu adalah kurang jelas / tidak percaya  / lapuk ditelan akan zaman. Berfikiran itu ada baiknya ada kurangnya seperti baiknya akan masyarat kini kurang takut akan benda ghaib seperti hantu dan ketakutan itu akan mengugat keimanan seseorang .Keburukan berfikiran terbuka seperti ia meremehkan petua /patang larang yang memberi kebaikan kepada kita seperti  “Jangan makan berpindah tempat, nanti kahwin ramai”  supaya orang  tidak makan bersepah .

Pengaruh Sosial yang lain seperti barat membenarkan pasangan sejenis dan pasangan luar nikah yang jauh dari ajaran islam yang dipegang serta diamalkan masyakarat melayu yang boleh merosakkan akidah dan ikutan pada masa akan datang..

https://en.wikipedia.org/wiki/File:Anti_Gay_and_Lesbian_movements_sign.gif

MUHAMMAD ZAINAL BIN MOHD DIN 01DKM19F1168


PERADABAN INDIA

https://www.academia.edu/35921082/PERADABAN_INDIA.pptx

Seni Bina

Kepelbagaian dalam peradaban Melayu yang kita boleh lihat pada hari ini juga terdapat serba sedikit hasil daripada peradaban India yang sudah berkurun lamanya terbina. Antaranya ialah seni bina daripada kuil Hindu yang telah mempengaruhi seni bina pada Masjid Kapitan Kling di Pulau Pinang. Selain itu, kita dapat lihat bangunan ikonik iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia di Putrajaya yang dipengaruhi reka bentuk Taj Mahal di India.

 Budaya



Pengaruh yang seterusnya ialah dari segi hidangan makanan tradisional dalam ketamadunan India, seperti roti canai, tosai, puri dan paratha yang telahpun sebati dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Roti canai terutamanya dijadikan hidangan sarapan yang popular setaraf dengan nasi lemak yang merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Melayu. Ketika kaum India menyambut perayaan kita dapat lihat mereka mengenakan busana seperti kurta bagi lelaki dan sari bagi wanita. Tidak ketinggalan juga bagi kaum lelaki terutamanya Melayu juga mengenakan kurta untuk pakaian ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri atau sebagai pakaian untuk menunaikan solat.

 Adat Istiadat

Masyarakat Melayu di selatan semenanjung amat mengenali amalan melenggang perut, sedangkan di utara dikenali sebagai kirim perut. Adat ini dilakukan ke atas wanita hamil yang telah mencapai bulan ketujuh kandungannya, dan ia cuba meletakkan bayi di dalam perut dalam kedudukan yang betul, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini perlu bagi memudahkan ibu melahirkan bayi dan mengelakkan bayi tersedak dalam kandungan. Selain itu, Adat berinai dijalankan secara berperingkat iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Pengantin lelaki akan berinai pada jari manis, jari kelingking dan jari hantu.



Agama


Di Malaysia kita dapat lihat pelbagai jenis agama, terutamanya ditekankan Buddha dan Hindu yang mereka sendiri mengamalkan upacara keagamaan setiap tahun sebagai contoh Deepavali dan Wesak. Diwali ialah perayaan Hindu yang meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan, dilambangkan dengan cahaya yang menerangi kegelapan. Wesak pula adalah hari yang paling penting bagi penganut Buddha, meraikan kehidupan Siddharta Gautama Buddha, pemula ajaran mereka, dalam peringkat-peringkat utamanya, termasuk kelahirannya di Lumbini, pencerahan dicapai yang besar selepas bertapa lama, dan kematian di Kusinara.

MUHAMAD ZARIF BIN TERMIZI 01DKM19F1138


PERADABAN TIMUR TENGAH

Pengembangan agama Islam merupakan pengaruh utama peradaban dari Timur Tengah. Ini kerana terdapat teori pada kurun ke-7 Islam dibawa terus dari Semenanjung Tanah Arab ke Alam Melayu melalui hubungan perdagangan. Kerajaan Islam pertama terbentuk di Perlak pada 840 Masihi oleh kerana pengaruh peradaban dari Timur Tengah di Alam Melayu. Seterusnya diikuti oleh Kerajaan
Samudera-Pasai telah menjadi kerajaan Islam pada tahun 1042. Pusat pertama pengajian dan penyebaran agama Islam yang boleh dianggap sebagai pusat tamadun Melayu Islam yang pertama di
Kepulauan Melayu telah muncul di Pasai. Setelah itu, Melaka telah diangkat untuk menjadi pusat kebudayaan Melayu Islam dan menjadi nadi kegiatan pengajaran serta penyebaran agama Islam bagi seluruh Kepulauan Melayu. Peradaban Melayu telah menyerap unsur dan tradisi tamadun Islam dan telah melahirkan pusat tamadun Melayu Islam tahap dunia di Melaka pada kurun ke-15, Pattani pada kurun ke-16, Acheh pada kurun ke-16 dan 17 dan Johor-Riau-Lingga pada kurun ke-17.

https://docplayer.info/67445979-Pendahuluan-5-1-kedatangan-islam-di-alam-melayu-5-2-pengaruh-islam-di-alam-melayu-5-3-tamadun-islam-sebagai-asas-pembinaan-tamadun-malaysia.html

Kehidupan masyarakat Melayu telah menerima impak yang yang besar daripada pengaruh Timur Tengah dalam keseluruhan sistem. Hal ini juga telah menyebabkan pengaruh peradaban India telah terhakis setelah kemasukan pengaruh Timur Tengah dari segi pegangan agama, kepercayaan, pemikiran, cara hidup, sistem pemerintahan, perundangan dan pelbagai lagi. Namun, tidak kesemua pengaruh peradaban India hilang tetapi Cuma diadaptasi Bersama dan disesuaikan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh peradaban India yang diteruskan seperti hierarki pemerintahan, adat perkahwinan dan warisan kesenian. Peradaban Melayu telah diperkukuh dan diperkayakan lagi setelah di adaptasi sehingga membentuk peradaban Melayu Islam.

Pengaruh peradaban Timur Tengah ke atas peradaban Melayu:

Perundangan 

i. Disebut dalam Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka dan juga Adat Pepatih Adat Temenggung, mana-mana hukum yang tidak bercanggah dengan Islam dikekalkan.

ii. Hakim boleh menggunakan budi bicaranya sam ada menjatuhkan hukum potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda atau penjara sahaja merupakan contoh yang dapat dilihat dalam bidang kuasa kehakiman.

http://yourfuturebaseonyourstudy.blogspot.com/2014/07/pengajian-malaysia.html

Agama dan Kepercayaan

i. Masyarakat Melayu Ketika itu mendapat kesan yang mendalam dari segi akidah & kepercayaan.

ii. Perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-Budha iaitu kepercayaan animism dan dinamisme.

iii. Hormat-menghormati antara manusia, menitik beratkan soal persamaan taraf dan mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan. Sistem kasta sudah tiada sepertimana yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu.

https://iluminasi.com/bm/sejarah-sistem-pendidikan-sekolah-pondok-di-tanah-melayu.html

Pendidikan

i. Sistem Pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat sebelum ini telah banyak berubah setelah kedatangan Islam.

ii. Golongan bawahan berpeluang menerima Pendidikan sama seperti golongan atasan selepas kedatangan Islam.

iii. Aktiviti pembelajaran menjadi lebih bebas disebarkan kepada golongan bawahan setelah banyak sekolah pondok didirikan.

https://iluminasi.com/bm/tulisan-jawi-sejarah-evolusi-dan-perkembangannya-di-tanah-melayu.html

Bahasa dan Kesusasteraan 

i) Kedatangan agama Islam telah menerima pengaruh yang besar pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M, perkembangan Bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebaran semakin meluas di Asia Tenggara.

ii) Orang-orang Melayu ketika itu menggunakan tulisan jawi setelah diperkenalkan dan tulisan Arab juga telah diperkenalkan pada masa itu.

iii) Masyarakat Melayu telah berubah dari segi bahasa apabila menyesuaikan perkataan Arab kepada Bahasa Melayu. Hal ini kerana setelah tulisan Arab dipermudahkan dan dikenali sebagai tulisan jawi.

iv) Melalui sistem tulisan ini, menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran, bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menulis perkara tersebut.

MOHD ASYRAF AMRIE BIN MAT AWI (01DKM19F1160)


PERADABAN MELAYU

https://www.academia.edu/35921082/PERADABAN_INDIA.pptx

Peradaban Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara. Peradaban ini telah berkembang dari kebudayaan  Melayu,  yang  merupakan  di  antara  penduduk  asal rantau  ini  . Wilayah peradaban  atau  ketamadunan tersebut dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai  peradaban wilayah ini  ialah  bahasa Melayu yang  menjadi  lingua  franca dan agama Islam yang merupakan pelengkap pembentukan peradaban ini. Memperkatakan  peradaban  Melayu,  ia  merujuk  kepada  kemunculan masyarakat yang mempunyai struktur sosial yang kompleks seperti masyarakat yang pernah wujud di pusat-pusat kerajaan Melayu awal. 

Di Asia Tenggara manifestasi  peradaban Melayu  terawal  berlaku  semasa pembentukan kerajaan Melayu awal Antara kerajaan Melayu  pra-Islam  awal  ialah  Funan,  Langkasuka,  Kuala  Selinsing dan Lembah Bujang. Dengan sokongan sistem ekonomi kuat khasnya dalam penghasilan sumber makanan mampu menampung keperluan penduduk kota atau bandar. Walau pun terdapat peradaban di luar Asia Tenggara yang berasaskan pertanian atau masyarakatnya agraris, namun sebahagian besar kerajaan Melayu awal merupakan kerajaan maritim. 

Kerajaan-kerajaan Melayu awal telah wujud sekurang-kurangnya 2500 tahun lalu di Malaysia seandainya berasaskan penemuan kesan-kesan arkeologi di Lembah Bujang dan Kuala Selinsing. Kedua-dua kerajaan awal tersebut meninggalkan bukti arkeologi yang membuktikan terdapat pelabuhan yang didirikan oleh mereka yang terlibat di dalam perdagangan jarak jauh.  Perdagangan jarak jauh ini memerlukan rangkaian perhubungan yang besar dan petempatan yang agak lama dan tetap serta system kepimpinan yang efektif, satu tanda wujudnya masyarakat yang kompleks. Petempatan yang wujudnya di bahagian utara Sumatera dan di Segenting Kera serta di Semenanjung Tanah Melayu mewujudkan jaringan masyarakat dan komuniti yang disebut oleh Andaya sebagai the sea of Malayu

Kebudayaan dan peradaban orang Melayu wujud dan muncul pada masa itu kerana teknologi Melayu pada masa itu mampu untuk menguasai perdagangan jarak jauh yang melalui perairan yang dikuasai oleh kerajaan Melayu, khasnya Selat Melaka. Empayar Funan dan Srivijaya menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka. 


Salah satu cara pemikiran sosio-politik Melayu pada masa itu adalah pembentukan kerajaan-kerajaan dan empayar-empayar  berdasarkan  pengaruh. Konsep ini berbeza dengan pemikiran Eropah Barat yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayah secara fizikal. Oleh sebab masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan, mereka kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. Seandainya ada yang tidak setuju mereka boleh keluar dari sesuatu tempat untuk menuju ke tempat lain . Penguasaan kawasan bukannya berdasarkan kepada penguasaan tanah, tetapi berteraskan kepada penguasaan laluan air serta kebolehan menarik orang datang ke sesuatu tempat.

Sebelum kedatangan agama Islam, peradaban Melayu terawal dipengaruhi oleh agama-agama Hindu dan Buddha. Agama Hindu dan Buddha telah menghasilkan tamadun Melayu yang berlawanan.  Sentiasa terdapat persaingan antara peradaban Melayu yang beragama Hindu dengan peradaban Buddha untuk menguasai laluan perdagangan, dengan kemunculan agama Islam telah mengubah bentuk-bentuk peradaban Melayu dan dengan memeluk agama Islam membolehkan mereka menguasai perdagangan di kawasan ini.

FERHAD AFIFEEN SHAH BIN MU'AZAM SHAH 01DKM19F1167


PERADABAN CINA 

https://may.lvltravels.com/brief-history-yellow-crane-tower-view-744208


Hubungan antara China dengan Masyarakat  Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun masihi iaitu sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Disebabkan peradaban Cina telah menyebar luas di Tanah Melayu, justeru ia telah menyebabkan campuran pelbagai budaya di Tanah Melayu.Terdapat beberapa pengaruh peradaban Cina di Malaysia bukan sahaja untuk Bangsa Cina malah bangsa lain juga mengikut budaya tersebut: 

PENDIDIKAN


Matlamat paling utama pendidikan dalam Peradaban China adalah pembinaan sifat-sifat seseorang.Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini.Selain itu,Bahasa penghantar dan objektif pendidikan sekolah Cina di Tanah Melayu berasaskan sistem pendidikan negara China.Contohnya wujudnya Sekolah – Sekolah Vernukalar yang bersistemkan Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.Peradaban China amat menekankan prinsip kekuatan pendidikan dalam pembentukan sesebuah negara dan bangsa. Pendidikan ini penting untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kebijaksanaan dan pembentukan akhlak. Sumber pendidikan ini banyak diperoleh dari sumber lama ajaran tokoh pemikir utama mereka seperti Kung Fu-Tze.

EKONOMI


Dalam  Peradaban China, kegiatan ekonomi merupakan salah satu perkara yang penting dalam memajukan sesuatu peradaban.Oleh sebab itu, konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight-fold path . Bagi Peradaban Cina ,ekonomi boleh mempertingkatkan tahap moral manusia dan juga boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan¬pertimbangan moral.Walau bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna ia tidak terdapat sebarang penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara inilah  yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya.

PERAYAAN

Perayaan Tahun baru Cina merupakan perayaan kedua terbesar di Malaysia yang disambut pada hari kedua bulan pertama kalender Cina. Perayaan ini selalunya disambut secara besar-besaran sebagai menandakan kedatangan tahun baru. Sehari sebelum kedatangan Tahun Baru Cina, kesemua ahli keluarga yang berbangsa Cina akan berkumpul untuk makan bersama-sama. Jamuan besar ini diadakan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga setelah lama tidak bertemu.

Terdapat beberapa beberapa perayaan yang seing juga disambut oleh Masyarakat Cina selain Tahun Baru Cina. Antaranya seperti;

  • Pesta Capgome atau juga dikenali sebagai Pesta ‘Yuan Siau’
  • Pesta ‘Ching Ming’ dan;
  • Perayaan Kuih Bulan atau Pesta ‘Tanglung’.

Selain itu, ketika musim perayaan Tahun Baru Cina jMasyarakat Cina mempunyai pakaian tradisi mereka, antaranya ialah cheongsam. Pakaian jubah labuh  merupakan Budaya Pemakaian Cina Buddha di Malaysia. Busana baba memakai kostum Tionghoa dalam berpakaian, iaitu baju tuikhim dan celana komprang (longgar atau baggy).

BAHASA


Hubungan antara Cina dan Alam Melayu juga sedikit sebanyak memperlihatkan proses penyesuaian bahasa ke dalam bahasa tempatan. Sebanyak 500 kosa kata bahasa Melayu yang diserap daripada bahasa Cina yang kebanyakannya berkaitan darisegi aspek ekonomi dan nama barangan. Dalam pada itu, menyentuh aspek pengukuhan bahasa sepanjang hubungan China-Malaysia, sekurang-kurangnya terdapat 1046 kata pinjaman bahasa Cina (khasnya dialek Hokkien) dalam bahasa Melayu (termasuk Indonesia). Selain itu,Bahasa Mandarin juga sering  digunakan oleh masyarakat Cina Malaysia untuk berkomunikasi antara mereka. Bahasa Mandarin Baku  digunakan oleh masyarakat Cina Malaysia dalam komunikasi dengan orang China dan orang Taiwan.

MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD SHAMSUL 01DKM19F1173

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kebanjiran pendatang dari luar. Keadaan ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, kaum, kaum dan kaum di Malaysia. Kedatangan golongan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan adat resam, budaya, bahasa dan latar belakang budaya yang berbeza. Kepelbagaian masyarakat Malaysia menjadikan negara ini tarikan dunia luar.

RUJUKAN


MOHD ASYRAF AMRIE BIN MAT AWI (01DKM19F1160)



FERHAD AFIFEEN SHAH BIN MU'AZAM SHAH (01DKM19F1167)

MUHAMMAD SYAHMI BIN MUHD SHAHMSUL (01DKM19F1173)


MUHAMMAD ZAINAL BIN MOHD DIN (01DKM19F1168)
MUHAMAD ZARIF BIN TERMIZI (01DKM19F1138) 







Comments

Post a Comment